Sunday, June 27, 2010

Ibu Justin Bieber model Playboy?

Jika berita ini benar, ia tentu amat mengejutkan apabila salah satu sumber terdekat Bieber mendedahkan bahawa ibunya, Pattie Lynn Mallette telah ditawarkan AS$50,000 untuk beraksi di dalam majalah Playboy.

Pattie yang telah berpisah dengan bapa Bieber dikatakan masih memikirkan sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.

Sementara itu Bieber, 16, terdesak untuk dilepaskan dari jagaan ibunya setelah merasa Pattie terlalu mengongkong kehidupan remajanya.

“Bieber begitu teringin untuk menikmati kehidupan remaja setelah menjadi artis yang terkenal tetapi Pettie sentiasa mengawal segalanya menyebabkan Bieber terpaksa mengikut segala arahan ibunya.

“Justin selalu merungut kepada ibunya setiap kali Pettie menghalangnya dari berbuat sesuatu yang dia inginkan, dia amat menyayangi ibunya tetapi rimas kerana dilayan seperti anak kecil.

"Bieber amat berharap ibunya boleh melepaskan dirinya serta menjalani kehidupan sendiri,” kata seorang sumber yang rapat dengan penyanyi yang popular dengan lagu Bany itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: