|
|
ADUHAI, macam-macam cerita Marilyn dengar daripada teman yang ke final program GAH 1 yang diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon, Ahad lalu.
Bukan itu sahaja, makcik-makcik yang menonton di rumah juga sudah pandai mengkritik kata mereka terlalu banyak masalah teknikal yang boleh jelas ditonton di kaca televisyen.
Berbalik kepada teman Marilyn, pada mulanya dia begitu teruja untuk ke final GAH 1, maklumlah kali pertama program itu bersiaran di tempat terbuka dengan pentasnya juga tidak berbumbung. Berani betul pihak produksi, bayangkan kalau hujan malam itu, siapa nak menjawabnya.
Kata teman Marilyn, agaknya pihak produksi sudah menggunakan bomoh hujan yang terbaik, sebab itu mereka berani buat pentas tanpa bumbung.
“Tidak cukup dengan itu, sampai sahaja di lokasi final berlangsung, bukan aku sahaja yang terkejut banyak tapi pihak media yang terkejut kerana menyaksikan begitu ramai remaja berbaju biru iaitu remaja yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hadir ke final GAH 1.
“Pihak media ditempatkan di satu tempat nun jauh daripada pentas. Dari atas jelas kelihatan, andai remaja-remaja berbaju biru itu tidak ada, alamatnya ciput sahaja penonton yang datang,” kata teman Marilyn.
Ermm.. tidak dapat sambutankah program yang sudah bertukar nama daripada Hitz 1 ke GAH 1 itu. Setahu Marilyn setiap kali final walaupun diadakan di stadium beberapa tahun yang sudah, orang ramai masih berpusu-pusu ke stadium. Apa sudah jadi?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: