MARILYN dari dulu memang kurang gemar dengan cara seorang usahawan kecantikan ini. Marilyn kurang gemar sebab dia suka ‘gebang besar’. Paling Marilyn kurang selesa apabila dia terlalu suka menonjolkan dirinya untuk mendapatkan publisiti. Malah makin muak bila membaca promosi yang dilakukan, semuanya memuji diri sendiri.
Marilyn tahulah itu strategi orang bisnes, tapi tak perlulah berlebihan sehingga orang rasa menyampah.
Rupa-rupanya di sebalik ‘gebang besar’nya, ahli perniagaan ini juga sudah mula ‘kapur’ orang. Marilyn dapat tahu, ada penyanyi yang bengang dengan ahli perniagaan ini kerana sikap kurang profesionalnya.
Menurut satu sumber, pada awal kerjasama mereka, memang ahli perniagaan ini nampak profesional. Malah sebelum kerja bermula, dia sudah dibayar 50 peratus pendahuluan.
Namun bila sudah mula bekerjasama, barulah tembelang ahli perniagaan ini terbongkar. Lebih-lebih lagi dia sudah mula tunjuk taring apabila mengumumkan sebuah konsert di sebuah negeri tanpa pengetahuan artis. Oleh kerana sudah diumumkan, penyanyi pun tak ada pilihan untuk menolak. Jadi nak tak nak mereka terpaksa bersetuju.
Apabila ditanya tentang wang pendahuluan, mulalah ahli perniagaan ini buat bodoh. Malah yang membuatkan penyanyi sangat terkilan apabila persembahan itu dibatalkan pada saat akhir tanpa notis awal. Mereka khabarnya hanya dapat tahu tentang pembatalan persembahan itu pada malam sebelum berangkat ke sana.
Sedangkan penyanyi yang terlibat sudah giat membuat latihan menggunakan duit sendiri malah ada yang belum membayar sewa studio kerana sesi latihan. Apabila merujuk kepada ahli perniagaan ini, ahli perniagaan tersebut tidak melayan mereka. Malah sehingga kini, duit pendahuluan pun penyanyi tak dapat.
Hai Marilyn tak tahulah apa yang terjadi sebenarnya antara ahli perniagaan ini dengan penyanyi itu. Marilyn harap mereka boleh bawa berbincang. Sebagai orang ahli perniagaan, Marilyn rasa, dia patut tahu, penyanyi juga seorang ahli perniagaan. Menyanyi itu satu bisnes. Jadi kenalah timbang rasa dan menghormati kerjaya orang lain juga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: