BUTTERWORTH - Pelanggan riuh bersorak menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia, bookie pula sibuk terima panggilan pertaruhan judi haram.
Taktik empat lelaki menjadikan sebuah kedai kopi di Jalan Raja Uda, di sini yang dikunjungi ramai kaki bola sebagai lokasi pertaruhan haram tidak bertahan lama apabila dicekup polis kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 7 malam itu, suspek-suspek yang berusia 35 hingga 58 tahun itu tidak sedar telah diperhatikan anggota polis yang menyamar kerana leka mencatat dan menerima pertaruhan melibatkan ribuan ringgit.
Menurut Pegawai Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad, serbuan itu turut dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
"Mereka yang ditahan termasuk seorang pemilik premis dan pembantunya warga Myanmar dan dua lagi lelaki lain.
"Pertaruhan tersebut melibatkan perlawanan antara Belanda menentang Denmark," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: