Wednesday, June 16, 2010

Tempoh reman Saiful Apek tamat hari ini


KERATAN muka depan Kosmo! 14 Jun 2010.


KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek (gambar), 41, berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah yang dihadapinya dijangka selesai mengikut tempoh remannya hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengumpul laporan lengkap berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah.

"Kita tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiasat kes ini kerana Saiful Apek dan beberapa lagi rakannya memberikan kerjasama kepada pihak polis," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: