SHAH ALAM - Tidak sampai tiga jam, sebanyak 78 kenderaan pelbagai jenis habis dilelong pada acara Lelongan Awam Kenderaan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di ibu pejabatnya di sini semalam.
Kenderaan yang dilelong mulai pukul 10.45 pagi itu terdiri daripada 48 motosikal, 23 kereta, empat van dan tiga treler yang gagal dituntut semula oleh pemilik masing-masing melebihi tempoh tiga bulan dari tarikh disita.
Antaranya kereta jenis Mercedes-Benz tahun 1990 hingga 1998, Nissan Sunny, Proton Wira, Honda Civic, van Toyota Hiace, Ford Econovan, motosikal Modenas Kriss, Yamaha RXZ, Suzuki RG dan Honda Ex5.
Pengarah JPJ negeri, Yusoff Ayob berkata, kesemua kenderaan yang disita dalam beberapa operasi yang dijalankan dalam tempoh dua tahun lalu itu telah melanggar peraturan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: