WANITA cantik ini membuat pengakuan bahawa wang ringgit yang berlimpahan mampu membahagiakan dirinya. Faktor masa lalu yang dijalani dengan sedikit kesukaran membuatkan Jessica Alba mempunyai sedikit dendam dalam hatinya. Setelah berhasil mencapai sukses sebagai pelakon dan model, Jessica berasa aman dengan wang yang datang mengalir dalam hidupnya.
"Dapat wang ringgit yang banyak membahagiakan saya. Tidak ada orang yang membantu saya dan saya melakukannya sendiri,"ujar pelakon yang popular dengan filem Fantastic Four . Ibu kepada seorang puteri cantik ini juga mengaku menjadi mangsa buli sewaktu zaman kanak-kanaknya dahulu.
"Saya boleh pergi ke mana-mana dan tak pernah risau khuatir soal membayar sewa rumah atau membeli keperluan sehari-hari. Buat semua yang sempat jadi mansa buli, kalian harus sedar bahawa kalian juga mampu memegang cubaan dalam kehidupan yang dilalui," ucapnya memberi semangat kepada para remaja yang merasa hidupnya kurang beruntung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: