Sunday, June 13, 2010

Bikini popularkan Katrina Kaif




BAK kata pepatah, hidup ini umpama roda. Kini jelas sekali roda kehidupan pelakon cantik Katrina Kaif sedang berada di atas.

Dilihat kepada senario sekarang Katrina boleh dikatakan sebagai pelakon wanita yang semakin popular malah dapat menandingi nama-nama besar seperti Aishwarya Rai, Kajol dan Depika Padukone.

Sebaik sahaja melangkah ke dunia lakonan di Bollywood, wanita yang berwajah keanakan dengan bonus tubuh seksi berjaya menarik banyak kontrak peragaan. Katrina Kaif yang dilahirkan di Hong Kong ini sebenarnya memulakan bidang peragaannya di London dengan menjadi model bagi jenama La Senza dan Arcadius.

Namanya sekarang menjadi sebutan para pengarah dan peminat setianya.

Menyingkap semula perjalanan awal pelakon yang lahir melalui bidang peragaan ini, pelakon yang lahir pada 16 Julai 1984 ini memulakan karier sebagai model sejak berusia 14 tahun lagi. Katrina menghabiskan kebanyakan masa dalam bidang peragaan dan kemudian mengalihkan pandangan umum terhadap bakatnya dalam dunia perlakonan melalui filem Boom.

Kehadiran wanita yang meledak melalui filem Namastey London pada tahun 2006 ini sudah membuahkan fenomena di dalam industri filem Bollywood.

Banyak faktor yang mendorong kenaikan mendadak nama wanita yang baru berusia 26 tahun ini. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Salman Khan menjadi ejen pemangkin populariti Katrina Kaif. Sejak Katrina menjadi buah hati kepada Salman Khan, banyak tawaran filem datang kepadanya. Sarkar, Hum Ko Deewana Kar Gaye, Yuvraaj dan banyak lagi filem lakonannya berjaya menjual populariti Katrina.

Buat Katrina, antara penyebab utama yang mendorong dirinya kini berada di tahap popular adalah atas bantuan rakan baiknya yang juga pelakon, Akshay Kumar.


KISAH cinta dan dihimpit lelaki popular menjadi faktor menyumbang kelarisan Katrina di pentas Bollywood.


"Saya mempelajari dedikasi bekerja melalui Akshay. Jika anda mempunyai bakat yang baik tetapi mengambil ringan akan hal itu, jadi anda akan gagal. Tetapi jika mempunyai bakat yang sedikit tetapi disertai dengan kerja keras, anda akan dapat apa yang anda mahukan. Orang seperti Akshay mempunyai kombinasi tersebut dan dia bekerja keras dalam kerjanyanya," ujar Katrina yang teruja dengan persahabatan yang dijalinkan bersama pelakon hebat tersebut.

Ura-ura mengatakan bahawa Katrina sudah berputus hubungan dengan Salman masih tidak dapat dijelaskan. Apabila Katrina ditanya soalan itu, gadis ini menyatakan bahawa dia masih cintakan Salman dan hubungan mereka dalam proses pemulihan. Bagaimanapun, Salman menyatakan bahawa tiada apa-apa lagi yang boleh diceritakan dalam perhubungan tersebut.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemuncak populariti Katrina adalah kesanggupan berlakon dengan mempertontonkan tubuhnya Dalam sebuah filem terbarunya, Katrina hanya memakai bikini dan menurut pengarah filem tersebut, Katrina rela berpakaian begitu dalam babak tersebut.

"Pasti ada satu sebab mengapa sesebuah filem ditawarkan kepada saya. Bukan kerana saya adalah maskot yang bertuah tetapi saya percaya kepada doa dan harapan. Saya percaya doa yang tulen akan dikabulkan," ulas Katrina perihal popularitinya kini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: