|
|
JAKARTA - Seorang penyanyi terkenal yang pernah menjadi vokalis band Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis sebelum ditahan semalam berhubung dua klip video lucah yang menampilkan pelakon wajah miripnya bersama dua wanita juga memiliki wajah mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
"Ariel menyerah diri pada pukul 3 pagi selepas polis menamakannya sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi.
"Jika dia tidak menyerah diri, kami akan menangkapnya," kata seorang penolong jurucakap polis, Zainuri Lubis.
Ariel sebelum ini berulang kali menafikan terlibat dalam video seks itu.
Dalam klip video seks yang pertama, seorang lelaki mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang memiliki wajah seperti pengacara terkenal, Luna Maya.
Buat masa ini, Luna Maya merupakan kekasih kepada Ariel.
Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki juga mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi wanita yang wajahnya mirip pengacara popular, Cut Tari.
Cut Tari merupakan bekas kekasih Ariel dan kini sudah bersuami.
Ariel berdepan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah melanggar undang-undang antipornografi.
Dia juga mungkin akan dihukum penjara sembilan bulan kerana melakukan perzinaan.
Skandal klip video itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar sebagai Peterporn di kalangan pengguna-pengguna Internet.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: