Apa agaknya syarat nak jadi kekasih Shahir yang mengaku masih single ini?
Kata Shahir: "Saya belum lagi bercinta secara serius. Memang ada yang cuba mendekati saya, tapi saya ni pemalu jadi mereka tak berani nak mendekati saya dengan lebih dekat. "Sekarang ini saya tak mahu fikirkan pasal cinta... mungkin selepas lima tahun barulah boleh fikirkan kut. Tunggu kerjaya saya stabil dulu. Namun saya tak menolak sekiranya perasaan cinta itu datang pada bila-bila masa kerana hal berkaitan perasaan ini susah nak diduga. "Bila dah tiba masanya nanti, saya nak kekasih yang sedap mata memandang, amat memahami saya dan karier saya. Saya tak kisah dia bertudung atau tidak, apa yang penting hatinya mestilah sentiasa jujur dalam hubungan. Kalau boleh saya mahu cari kekasih hati saya sendiri." Itulah cerita Shahir yang turut dimuatkan dalam majalah Mangga edisi bulan Julai 2010 yang sudah ada di pasaran. Shahir sekarang sangat popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Selain kisah Shahir, banyak lagi kisah menarik pasal artis Malaysia dan luar negara yang dimuatkan dalam majalah hiburan sensasi itu. |
Thursday, June 17, 2010
Shahir mahu kekasih jujur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: