Thursday, June 17, 2010

Dengarnya... Slash bakal beraksi di Kuala Lumpur

JIKA tiada aral melintang ataupun tidak mendapat bantahan mana-mana pihak, gitaris terkenal kumpulan Guns ‘N Roses, Slash akan datang ke Malaysia bagi menjayakan Konsert Slash Live In Kuala Lumpur di Surf Beach, Sunway Lagoon Theme Park pada 5 Ogos depan.

Persembahan istimewa yang dibawakan oleh syarikat penerbangan Firefly ini dijangka mampu menghiburkan peminat pemain gitar terkenal ini, terutama kepada kaki rockers! Wah! Cik Normah ini sebenarnya peminat rock juga! Pastinya taman tema itu nanti akan dipenuhi dengan rockers dari pelbagai lapisan usia. Maklum sajalah, Slash memang dikenali dan digemari oleh pelbagai lapisan usia. Dari mereka yang berusia 18 tahun hinggalah yang separuh abad, iaitu mereka yang membesar dengan lagu kumpulan Gun’N’Roses ini. Pastinya Cik Normah juga tidak mahu ketinggalan untuk menonton konsert gitaris terbabit. Lagipun, suami Cik Normah memang suka sangat kumpulan yang popular dengan lagu Sweet Child of Mine dan November Rain itu. alaupun lokasi itu mungkin akan dibanjiri lautan manusia tapi Cik Normah dan suami akan gigih menghadapi itu semua. Terlanjur bercakap pasal konsert Slash ini, Cik Normah berharap sangat agar pentas itu nanti akan menemukan Slash dengan Ratu Rock, Ella. Kalau boleh, Cik Normah berharap sangat agar penganjur dapat mengundang Ella sebagai pembuka tirai ataupun artis undangan kerana kita semua tahu, Slash pernah memetik gitar untuk sebuah lagu nyanyian Ella yang berjudul Pedih.

Lagu itu memang sedap dan ditambah dengan petikan gitar Slash yang mendayu-dayu menjadikan lagu itu malar segar dan diminati sehingga kini. Disebabkan mereka pernah bekerjasama di dalam album, jadi apa salahnya jika Ella diundang sama menjayakan konsert itu. Cik Normah yakin pasti konsert itu akan menjadi lebih gempak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: