TERKEJUT merak Cik Normah apabila mendapat tahu perihal buruk yang dilakukan seorang personaliti yang boleh tahan popular ini. Rasanya bukan Cik Normah saja yang terkejut tetapi sesiapapun yang tahu apa yang dilakukan personaliti lelaki ini pasti akan memberi reaksi yang sama. Menurut sumber Cik Normah yang berada di nun selatan tanah air sana, perbuatan personaliti ini memang berani mati.
Entahkan kerana dia ini memang suka mempamerkan benda yang terlarang ataupun pada masa itu dia berada di dalam keadaan bawah sedar. Ceritanya begini, kawan kepada sumber Cik Normah tadi pernah bersembang di sebuah laman sosial. Sedang asyik bersembang, tiba-tiba si personaliti ini bertindak seperti orang buang tabiat apabila dengan selambanya menanggalkan pakaian di hadapan kamera komputer miliknya sehingga tiada seurat benang pun membaluti tubuh. Barangkali terlalu ghairah sangat bersembang sehingga si personaliti terbabit terlupa bahawa siapa dirinya yang sebenar. Hello! Muka awak tu siapa yang tak kenal. Walaupun orang yang awak tayang tubuh tu suka dengan perbuatan tak senonoh itu, tapi harus diingat bahawa bila-bila masa saja dia boleh pecahkan rahsia yang tersimpan rapi itu. Hairan sungguh Cik Normah, personaliti ini tak belajar ke dari kesilapan yang pernah dilakukan mereka yang pernah terjebak sebelum ini. Gara-gara terlalu berani sangat beraksi lucah, akhirnya gambar yang sepatutnya menjadi milik peribadi akhirnya terpampang di internet dan disaksikan di seluruh dunia. Harapan Cik Normah, aksi terlampau personaliti itu tidak dirakam atau disimpan oleh mana-mana individu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: