Friday, June 18, 2010

Realitikan fantasi alam kanak-kanak


JOSEPH (tengah) menerima sumbangan RM10,000 daripada Carol (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Toys LiFung (Asia) Ltd., Pieter Schats untuk Rumah Kanak-kanak Trinity.


KEBANYAKAN daripada kita pasti mengingati alat-alat permainan zaman kanak-kanak seperti anak patung, bola, patung beruang, kereta mainan, trak atau set drum.

Sekarang bayangkan jika anda diberikan peluang untuk mengembalikan zaman kanak-kanak itu. Lebih hebat, jika anda diberi peluang merealisasikan fantasi alam kanak-kanak dengan dikelilingi ratusan alat permainan.

Semua itu dapat dilakukan di gedung Toys R Us terbaru di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya, Selangor.

Dalam gedung berkonsep barunya, Toys R Us telah menciptakan satu suasana yang melambangkan tiga perkara iaitu impian kanak-kanak, keseronokan keluarga dan pengalaman baru membeli-belah.

"Semasa melangkah masuk ke gedung kami, anda akan melalui sebuah pintu berbentuk bintang yang dikelilingi kilauan cahaya. Anda akan berfikir bahawa anda sedang melangkah ke dalam sebuah kapal angkasa dan dibawa dengan kuasa magis ke alam permainan.

"Perjalanan itu akan membawa anda melalui tujuh zon yang menyeronokkan yang dibina khusus mengikut umur berbeza dengan bahagian-bahagian khas," kata Pengurus Negara Toys LiFung (Malaysia), Carol Chua.


CAROL (berdiri dua dari kiri) bergambar kenangan semasa pembukaan cawangan baru Toys R Us di Empire Shopping Gallery.


Setiap tujuh zon ditandakan dengan warna unik tersendiri untuk memastikan pelanggan dapat mencari lokasi dengan betul dan mudah. Ini akan menjadikan pengembaraan di dalam gedung permainan tersebut sangat menarik.

"Alat permainan dan kanak-kanak adalah serasi secara semula jadi. Oleh yang demikian, Toys R Us juga komited untuk menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan memberi harapan dan keseronokan kepada kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Trinity di Petaling Jaya," ujarnya.

Dalam satu majlis ringkas ketika pembukaan rasmi gedung terbaru itu, syarikat tersebut turut menyampaikan cek berjumlah RM10,000 kepada Pengerusi Rumah Kanak Kanak Trinity, Joseph Clemons.

Katanya, Toys R Us cuba membantu kanak-kanak dari Rumah Kanak-kanak Trinity untuk mewujudkan kenangan alam permainan mereka sendiri dengan membawa mereka melawat gedung terbaru ini selain memberi mereka hadiah-hadiah dan alat permainan.

Ia pasti menjadi satu kenangan yang akan dihargai untuk waktu yang lama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: