DIA telah memulakan kariernya sebagai pelakon sejak kecil. Tetapi Dakota Fanning yang kini sudah berusia 16 tahun memberitahu, walaupun sibuk sebagai seorang pelakon, itu bukan alasan untuk dia mengabaikan pelajarannya.
Sebagai bukti, majalah People mendapati Dakota yang pertama kali meraih perhatian dunia dengan lakonan berkesannya dalam filem I Am Sam, merupakan seorang pelajar aktif dan cemerlang di sekolahnya.
Dia yang juga merupakan pelajar junior dan ketua kumpulan sorak di sekolah tinggi L.A turut berkata: "Saya terpaksa meletakkan lebih banyak usaha untuk mengimbangi antara pelajaran dan kerjaya, tapi saya berasa seronok dengan situasi ini (menjadi pelakon dan pelajar.)"
Tambah Dakota yang juga terlibat dalam filem saga Twillight, dia sendiri berasa bertuah kerana mempunyai pekerjaan malah produk seperti filem, sementara masih sibuk di sekolah.
"Selama ini, saya telah melalui satu pengalaman yang baik sepanjang terbabit sebagai pelakon serta pelajar sekolah. Saya sendiri tidak percaya saya berjaya melaluinya dengan baik setakat ini," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: