Thursday, June 17, 2010

Crocband Nation untuk demam bola


Crocband Brazil


DEMAM bola sepak piala dunia semakin hangat apabila bermulanya sepak mula di Afrika Selatan. Anda boleh menyertai kehangatan ini dan menyokong pasukan pilihan dengan Koleksi Crocband Nation baru daripada Crocs.

Berharga RM179 sepasang, Koleksi Crocband Nation memberi anda peluang menunjukkan warna pasukan pujaan anda dalam keselesaan.

Kasut warna-warni Crocband Nation diperbuat daripada bahan Croslite yang begitu ringan dan menggunakan kecanggihan teknologi Crocs tersendiri.

Rekaan dan warna-warna terang yang melambangkan negara gergasi bola sepak, iaitu Argentina, Australia, Brazil, England, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Belanda, Afrika Selatan, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Crocband Nation membawakan 13 rekaan kasut sukan dengan bahagian tengah tapak yang melapik dan menyokong kaki.

Anda boleh memilih kasut Crocband Nation kegemaran anda dan menyertai demam bola sepak yang semakin hangat. Jangan lupa memberikan sentuhan peribadi kepada kasut anda dengan menambah butang jibbitz.

Sempena pesta bola sepak di Afrika Selatan, pelanggan yang membeli Crocband Nation di mana-mana kedai konsep Crocs akan menerima rantai kunci mini Crocband Nation yang eksklusif.

Anda juga berpeluang menyertai peraduan bagi memenangi hadiah pertama satu set kasut Crocband merangkumi 13 rekaan berasingan serta set 13 rantai kunci mini Crocband.

Selain itu, jika anda memesan mana-mana pizza di Souled Out Cafe di Desa Sri Hartamas daripada 11 Jun hingga 11 Julai 2010, anda akan menikmati diskaun 10 peratus dengan hanya menunjukkan resit asal Crocs. Pelanggan Souled Out Cafe yang berbelanja sebanyak RM150 ke atas pula akan menerima baucer tunai RM30 daripada Crocs bagi pembelian mana-mana model.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: