CELCOM Axiata Bhd dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd menjalin kerjasama berkaitan rancangan meneroka guna pakai secara berkongsi rangkaian dan prasarana jangka panjang.
KERJASAMA...Shazalli (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Clausen (dua dari kiri) sambil diperhatikan Khalid (tengah).
“Penembusan Internet meluas memerlukan rangkaian terbaik sekali gus mencetuskan keperluan kapasiti yang lebih besar di semua peringkat prasarana rangkaian,” katanya.
“Kerjasama yang disaksikan hari ini peristiwa penting dalam industri telekomunikasi yang lembaran baru bagi industri dan juga negara pada masa akan datang,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Henrik Clausen, pula berkata, pasaran matang seperti Malaysia boleh meraih manfaat daripada perkongsian rangkaian yang luas sebagai satu strategi penting untuk mencapai kecekapan kos dan operasi.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kami meneroka kaedah baru dan inovatif untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna terutama di kawasan yang belum mendapat liputan sempurna,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Pengumuman itu menyaksikan Shazalli mewakili Celcom; DiGi oleh Ketua Eksekutifnya, Henrik Clausen; Axiata diwakili Pengarah Urusan yang juga Presidennya, Datuk Sri Jamaludin Ibrahim; manakala Telenor oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Sigve Brekke.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Khalid Ramli.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: