Saturday, June 12, 2010

Saya tiada tatu di pinggul

INDUSTRI hiburan serantau khususnya Indonesia kini sedang bergegar. Gegaran itu bukan dek gempa bumi mahupun hempasan tsunami, tetapi gara-gara video porno yang dikatakan aksi aktres Luna Maya bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel.

KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam  siasatan.
KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam siasatan.



Semuanya bermula apabila video panas itu tersebar menerusi Internet. Video berkenaan bukan saja dikatakan menonjol perlakuan seks seorang wanita yang berwajah seperti Luna dan Ariel di ranjang malah sebuah lagi video pula menonjolkan lelaki yang dikatakan Ariel bersama bekas teman wanitanya dulu iaitu Cut Tari.

Apa yang menggemparkan, Luna yang juga duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain model iklan sabun mandi ternama bersama Ariel, sedang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti ini.

Mengikut undang-undang antipornografi, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun andai didapati bersalah. Walaupun siasatan polis masih dijalankan, ada sumber mengatakan video itu dirakam mereka beberapa tahun lalu.

Ketika ini, iklan sabun mandi yang dijayakan Luna bersama Ariel dihentikan seketika, namun pihak pengurusan program muzik, Dahsyat yang menampilkan Luna sebagai pengacara belum membuat sebarang keputusan untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, dalam siaran program itu, baru-baru ini tempat Luna digantikan Astrid Tiar bersama penyampai asal, Olga Syahputra dan Raffi Ahmad. Sumber mengatakan Luna membuat keputusan sendiri untuk berehat seketika daripada program itu selepas video seksnya menarik perhatian ramai.

Dalam satu temu bual ketika menjayakan Dahsyat di stesen RCTI baru-baru ini, Luna tetap menafikan rakaman video itu adalah dirinya.

"Mungkin orang melihat ia seperti saya dan Ariel. Hakikatnya, saya dengan Ariel tidak mungkin melakukan perkara sebegitu. Saya sendiri cukup terkejut apabila mendengar kisah video ini heboh diperkatakan ramai," katanya.Luna, 26, menegaskan wanita dalam video itu bukan dirinya. Malah, dia tidak ada tanda tatu rama-rama di pinggul kiri seperti wanita dalam video itu. Dia memberitahu tidak pernah menonton video itu dan sekadar mengetahui berita mengenainya menerusi rakan media saja.


Pelakon berasal dari Denpasar, Bali ini mula mencipta nama di layar perak menerusi 30 Hari Mencari Cinta. Dalam filem itu, dia membawakan watak Barbara iaitu gadis seksi yang menjadi idaman ramai lelaki.

Hubungannya bersama Ariel menjadi gosip hangat selepas membintangi filem Cinta Silver pada 2005. Dalam kesibukan berlakon, dia juga tampil sebagai model beberapa iklan antaranya Lux, Zestea, Sarimie, Vitalong C, XL, Bu Krim Detergen dan Toshiba.

Bagi Cut pula, dia turut terkejut dan kecewa mengenai video seks itu yang tersedar meluas. Dia akui impak video itu bukan saja memberi risiko kepada diri sendiri, tetapi juga suaminya, Johannes Yusuf Subrata. Pasangan ini berkahwin pada 9 Januari 2004.

"Pada pandangan saya, setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat sendiri dan saya tidak menyekat hak mereka.

"Apa yang penting, suami saya termasuk anggota keluarga tidak mempercayai wanita dalam video seks itu adalah saya," katanya.

Cut memulakan karier sebagai model menerusi acara Gadis Sampul iaitu pencarian model remaja untuk majalah Gadis pada 1991. Sejak itu, dia mendapat peluang mengasah bakat dalam bidang peragaan apabila menjadi model produk kosmetik, Belia (1993) pada usia 16 tahun.

Pada tahun yang sama, dia kemudian menyertai bidang lakonan menerusi sinteron komedi, Dongeng Langit diikuti Sisi-Sisi Dunia.

Kisah skandal seks dalam kalangan selebriti bukan perkara baru dalam masyarakat. Di mana saja, ada cerita membabitkan artis yang tersebar menerusi Internet.

Kini video seks 'Luna bersama Ariel dan Cut', sedang meraih permintaan tinggi daripada pengunjung di Internet. Walaupun siasatan masih dijalankan, kontroversi yang melanda tiga selebriti ini dilihat bakal memberi kesan tercalar kepada perkembangan karier mereka selepas ini.

Begitu juga, Ariel terpaksa menangguhkan pelancaran album terbaru bersama kumpulan Peterpan sehingga siasatan kes video seks selesai. Kumpulan ini muncul dengan album Sebuah Nama Sebuah Cerita pada Ogos 2008.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: