Thursday, June 17, 2010

Cai Lin dipaksa berenang


CAI Lin bersama jurulatih renangnya, Paul Birmingham.


MULA-MULA kena paksa, lama jatuh cinta. Itu reaksi perenang kebangsaan, Khoo Chai Lin apabila ditanya tentang penglibatan awalnya dalam sukan renag.

Katanya, sewal usia tiga tahun dia telaj dipaksa oleh ibunya ke kolam renang untuk dilatih berenang bersama dua orang kakaknya.

Mengenang perjalanan hidupnya, Cai Lin mengakui hatinya sering memberontak ketika itu kerana tidak meminati aktiviti berkenaan, namun menyedari sikap ibunya yang amat bertegas mahu dia menguasai ilmu renang membuatkan diriny tidak dapat 'melepaskan diri' daripada rutin itu.

Gadis berusia 22 tahun ini berkata, sebagai kanak-kanak hatinya 'menangis' kerana kebanyakan waktu terluang perlu diisi dengan aktiviti yang tidak digemarinya.

Namun, benarlah kata orang setiap ibu bapa lebih tahu apa yang mereka rencanakan untuk anak-anak kerana ia tentunya semata-mata untuk kebaikan anak-anak.

"Paksaan ibu akhirnya membuatkan saya jatuh cinta pada aktiviti ini, melakukannya dengan lebih gembira dan serius," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di Pusat Akuatik Nasional, Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Malah daripada paksaan itu dia mencipta kejayaan apabila namanya terpahat sebagai perenang kebangsaan.

Pada usia 19 tahun, Cai Lin berjaya memadamkan rekod 20 tahun yang dipegang seorang perenang Malaysia, Nurul Huda dalam acara 200 meter gaya kupu-kupu. Rekod itu dicatat oleh Nurul Huda di di Sukan Olimpik Seol pada 1988.

Sejak itu, beberapa kejayaan penting di peringkat antarabangsa terus digenggam atlit Selangor itu termasuk memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Sukan SEA Laos 2009, pingat emas di Terbuka Indonesia 2009 dan Kejohanan Dunia FINA Rom 2009.

Kejayaan lain turut menyusul apabila dia menggondol pingat emas di Olimpik Mini Bukit Jalil 2009 dan Japan International Short Course 2010.

Di peringkat kebangsaan, kejayaan dikecapi Cai Lin ialah memenangi emas di Kejohanan Malaysia Negeri Sembilan 2009, emas dan gangsa di Terbuka Malaysia 2010 dan Peringkat Umur Kebangsaan 2010.

Cai Lin berbangga kerana biarpun kebanyakan usia remajanya dihabiskan dengan latihan di kolam renangh, namun ia berbaloi dengan pelbagai kejayaan yang dicapai.

Malah semua itu juga menjadikan dia lebih cekap dan berdisiplin.

"Orang mungkin lihat saya rugi kerana perlu meluangkan masa dari Isnin hingga Sabtu untuk latihan renang selama berjam-jam.

"Di sebalik latihan ketat, saya amat berbangga kerana kejayaan yang saya kecapi dan apa yang saya lalui lebih berharga berbanding kebanyakan rakan sebaya saya," katanya.

Waktu terluang yang amat terhad juga membuatkannya lebih rapat dengan keluarga kerana dia seboleh-bolehnya akan meluangkan masa yang ada untuk mendampingi ahli keluarga.

Individu atau 'tulang belakang' kepada kejayaannya itu kata Cai Lin, sudah tentu ibunya dan dua orang kakaknya yang juga terbabit dengan sukan renang peringkat kebangsaan.

Menurut Cai Lin, dia juga menganggap kegemarannya meminum susu sejak kanak-kanak amat membantu dalam menjadikan tubuh badannya cukup sihat, cergas dan mantap.

"Ketika kanak-kanak, saya suka minum susu dan tabiat itu berlarutan sehingga hari ini. Saya percaya 'keajaiban' yang ada dalam susu.

"Kemungkinan saya tidak akan berapa pada tahap hari ini jika saya tidak mengambil khasiat tambahan seperti susu," ujarnya merendah diri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: