Monday, June 28, 2010

Amuk: Dua lelaki temui ajal


Anak panah menunjukkan sebelum (1) dan selepas lelaki itu ditemui mati terjatuh (2).


HULU KLANG - Orang ramai yang melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Taman Melawati di sini semalam cemas apabila melihat seorang lelaki berdiri di atas bumbung dipercayai cuba membunuh diri selepas mengamuk di tingkat dua sebuah rumah kedai di situ.

Dalam kejadian itu, dia yang hanya memakai seluar panjang dan tidak berbaju berdiri bersama sebatang besi di atas bumbung bangunan tersebut dari ketinggian 15 meter.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian amuk tersebut pada pukul 11.23 pagi oleh abangnya sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kita bagaimanapun menemui mayat seorang lelaki terbaring dalam kejadian berlumuran darah di tingkat dua bangunan dua setengah tingkat tersebut," kata beliau di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: