Monday, June 21, 2010

Baling hab pengeluaran udang galah

BALING akan dijadikan daerah penternakan dan pengeluaran udang galah terbesar di Kedah selepas Jabatan Perikanan Negeri diminta mengenal pasti sungai yang tidak tercemar bagi dilepaskan benih udang galah untuk membesar secara semula jadi.

HASIL...Mohd Johari (kiri) menuai udang galah di kolam di Kampung  Luar, Mukim Siong, semalam.
HASIL...Mohd Johari (kiri) menuai udang galah di kolam di Kampung Luar, Mukim Siong, semalam.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom, berkata beberapa kawasan ternakan udang galah di daerah itu akan ditambah untuk dimajukan pemilik tanah dan syarikat yang berpotensi.


“Usaha ini akan menjadikan Baling sebagai kawasan ternakan udang galah terbesar di Kedah dalam waktu terdekat,” katanya selepas merasmikan majlis penuaian dan memperkasakan ternakan udang galah di Kampung Luar, Siong di sini, semalam.


Pada majlis itu, lebih 30 peserta dari Kampung Luar, Baling dan Kampung Kerawai, Sik menerima wang pajakan tanah dan dividen yang diberikan Syarikat Era Bakti Aquaculture Sdn Bhd dan Syarikat Ventures Aquaculture Sdn Bhd sebagai pengendali projek udang galah itu.


Johari berkata kerajaan akan terus menggalakkan penternakan udang galah dan di kawasan yang terdapat tanah yang luas dimiliki penduduk, kerajaan akan meminta kerjasama syarikat berwibawa membantu pemilik tanah mengusahakan ternakan udang galah secara komersial.


Beliau berkata pengeluaran daripada sektor akuakultur negara berjumlah 333,995 metrik tan dengan nilai RM2.3 bilion berbanding pendaratan hasil laut yang berjumlah 1.38 juta metrik tan bernilai RM5 bilion.


Bagaimanapun katanya, Kedah hanya mampu menyumbang sembilan peratus kepada pengeluaran sektor akuakultur negara berjumlah 4,047 tan metrik bernilai RM43 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: