LONDON: Putera Harry dan teman wanitanya Chelsy Davy dilapor sudah memutuskan hubungan mereka.
TINGGAL KENANGAN...Chelsy dan Harry.
Dia dikatakan sudah memberitahu putera raja Britain itu bahawa hubungan mereka sudah berakhir.
Pasangan itu mula bercinta enam tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan ia terputus beberapa kali.
Chelsy, 24, memberitahu beberapa temannya: “Kami sudah memutuskan hubungan. Ini adalah permulaan baru bagi saya. “Saya mahu memulakan karier saya di Afrika Selatan, tempat saya ingin menghabiskan seluruh hidup saya. Saya tidak mahu tinggal di Britain.” Chelsy yang berasal dari Zimbabwe kelihatan gembira semalam ketika bersantai dengan rakan karibnya, ‘Bubble’ Olivia Perry bersama seorang kawan lain di Royal Ascot. Bubble membantu Chelsy menjalani kehidupan hariannya apabila hubungannya dengan Harry, 25, terputus seketika pada 2007.
Hati Chelsy juga hancur tahun lalu apabila dia semakin bosan dengan sikap ‘playboy’ Harry bertindak meninggalkan putera berkenaan.
Mereka tidak kelihatan bersama di khalayak ramai sejak Harry memperoleh sayap juruterbang helikopter pada 7 Mei lalu.
Seorang rakan rapat mereka berkata: “Ia perpisahan secara berperingkat-peringkat mereka. “Adalah tidak praktikal untuk mereka meneruskan hubungan dengan komitmen Harry terhadap kariernya dalam tentera dan keluarganya sedangkan kekasihnya berada di negara lain. “Ini adalah masa sesuai untuk mereka berpisah secara baik. Cinta mereka sudah pudar.” Satu sumber lain berkata: “Chelsy begitu kecewa apabila mereka berpisah tahun lalu. Tetapi, keadaan kali ini amat berbeza. Chelsy sudah melakukan apa saja untuk meneruskan hubungannya dengan Harry tetapi masih gagal.” Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka berkata, pasangan itu masih berkawan dan akan kekal sebagai sahabat baik.
Dalam pada itu, Harry dikatakan yakin mendiang ibunya, Diana, gembira dengan kerja kebajikan yang dilakukannya di Afrika.
Beliau memberitahu rangkaian televisyen ITV di Lesotho baru-baru ini: “Saya yakin beliau bangga. " “Saya tidak pernah melupakan ibu saya sepanjang berada di Afrika.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: