Thursday, June 10, 2010
Avril berhutang nyawa
Avril Lavigne akan selamanya terhutang budi dengan kekasih barunya Brody Jenner yang telah menyelamatkan nyawanya baru-baru ini.
Penyanyi yang terkenal dengan lagunya The Complicated, telah dipukul oleh ombak yang kuat ketika sedang menjalani latihan papan luncur di Malibu California sebelum diselamatkan oleh Brody.
“Pukulan ombak yang kuat menyebabkan beliau terhumban ke dalam laut dan Brody telah berenang mendapatkannya dan menarik Avril keluar ke tepi pantai tetapi beliau kelihatan lemah kerana telah terminum banyak air laut.
“Apabila Avril menyedari apa yang telah berlaku beliau amat bersyukur kerana Brody telah berjaya menyelamatkannya,” kata satu sumber berkata kepada majalah America’s Star.
Avril ketika ini sedang memfailkan perceraian dengan suaminya penyanyi Sum 41, Deryck Whibley, pada Oktober yang lalu.
Beliau dan Brody baru saya berkenalan pada awal tahun yang lalu.
Walaupun mereka cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi Avril secara tidak sengaja dalam keadaan mabuk telah meluahkan perasaannya dalam nyanyiannya semasa berkaraoke bahawa mereka kini telah tiga bulan bercinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: