Thursday, June 10, 2010

Averine rawat kulit wajah


Karen Ho (kanan), Damian Lee (belakang) dan pelakon Irma Hasmie (depan) pada sesi memperkenalkan rangkaian bedak asas Averine di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEMBILAN daripada 10 orang wanita pasti memakai bersolek setiap hari. Paling kurang pun sekadar mengenakan gincu bibir atau mengoles bedak.

Bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui tahap kesemalatan pada produk kecantikan mereka.

Menggunakan produk yang tidak diketahui keselamatannya kemungkinan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit tidak sekata, kusam dan sebagainya.

Ini kerana kulit yang sihat bermula dengan produk penjagaan kulit dan solekan yang dibuat daripada bahan-bahan yang selamat digunakan.

Pengurus Besar bagi Aster Spring dan Leonard Drake Malaysia, Karen Ho berkata, amat penting bagi wanita memahami dan membuat pilihan yang betul tentang produk kosmetik.

''Kebanyakan wanita kebiasaannya menjaga kulit muka dengan baik dan menggunakan produk penjagaan kulit yang berkualiti serta sering menjalani rawatan muka.

"Begitupun mereka mungkin tidak sedar bahawa usaha itu akan menjadi sia-sia jika mereka menggunakan produk kosmetik yang memudaratkan kulit.

''Wanita harus lebih teliti dalam memilih produk solekan yang betul memandangkan kebanyakan produk solekan menyumbat pori-pori serta mengandungi bahan yang mengakibatkan pigmentasi, penuaan pra-matang dan bermacam masalah kulit muka,'' kata Karen.

Beliau ditemui pada sesi memperkenalkan semula rangkaian bedak asas dan produk muka terapeutik penjagaan kulit Averine termasuk bedak asas terbarunya, Age Defense Foundation di AsterSpring, Suria KLCC baru-baru ini.

Bedak asas Averine menggunakan ramuan non-comedogenic dengan ciri-ciri terapeutik. Ini termasuk ekstrak botani seperti gel aloe, ekstrak timun, ekstrak gandum dan minyak zaitun yang berfungsi menenang, melembap, melicin serta mengimbangi kulit.

Oregano dan basil turut digunakan bagi mengurangkan penghasilkan minyak dan bertindak sebagai antiseptik. Sementara ekstrak tomato melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.

Karen menambah, kosmetik Averine dihasilkan bagi merawat, menjaga dan melindungi kulit setiap kali wanita menggunakannya bagi menyerlahkan kecantikan diri.

Rangkaian bedak asas Averine terdiri daripada empat jenis produk, iaitu Smoothing Compact Foundation, Satin Smooth Foundation, Two Way Compact Foundation, Age Defense Foundation, Mineral Loose Powder dan Mineral Glow Blush.

Sementara itu, Pengurus Pendidikan AsterSpring dan Leonard Drake Malaysia, Damian Lee berkata, produk kosmetik Averine boleh digunakan sebagai tambahan kepada amalan kecantikan harian setiap wanita.

''Produk kami adalah hasil daripada bahan penjagaan kulit yang selamat dan terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: