Wednesday, June 2, 2010

Astro perkenal tiga saluran baru HD selain lima sedia ada

ASTRO All Asia Networks (Astro), syarikat penyiar televiyen berbayar utama di Malaysia menyasarkan 500,000 pengguna Astro B.yond manakala 100,000 pengguna untuk Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, pelancaran Astro B.yond pada tahun lalu membuktikan pencapaian terbaik dalam kelas pembaharuan kandungan, teknologi dan pengalaman pelanggan.

“Menerusi Astro B.yond, kami telah membawakan penyiaran dalam format Definisi Tinggi (HD) buat pertama kalinya dan ini adalah antara usaha berterusan kami untuk berada di barisan depan inovasi,” katanya kepada media selepas pelancaran fasa terbaru Astro B.yond menerusi Astro B.yond PVR di Kuala Lumpur, semalam.

Astro B.yond PVR turut memberikan teknologi merakam terbaik dalam kelasnya yang membolehkan pelanggan merakam sehingga dua program siaran langsung secara serentak, menggulung dan memberhentikan seketika program sewaktu siaran langsung sekali gus memberikan pelanggan kawalan penuh ke atas televisyen mereka.

Selain itu, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati perkhidnmatan merakam dengan menggumnakan cakera luar keras binaan luar sepadan.

Sementara itu, tiga saluran baru iaitu AXN HD melalui CH 721, Astro Zhi Zun HD di CH3 310 , saluran HD Hiburan Cina dn FX HD melalui CH 726 ditawarkan di dalam pakej Astro B.yond HD menjadikan jumlah saluran HD sebanyak lapan saluran kesemuanya.

Dalam pada itu, saluran Fox juga kini boleh didapati menerusi Pakej Astro Variety Pack dalam definisi biasa. Semua saluran baru akan mula bersiaran pada 16 Jun ini.

“Tahun ini adalah tahun menarik buat Astro dan kami sentiasa berusaha untuk terus membekalkan kandungan dan teknologi terbaik khusus buat pelanggan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: