Wednesday, June 2, 2010

Jual 3 barang kawalan kena ada lesen khas


KEGIATAN menyorok gula seperti dalam kes yang berlaku di Seremban minggu lalu menjadi antara punca kerajaan menetapkan semula syarat lesen menjual barangan kawalan.


PUTRAJAYA - Kerajaan menguatkuasakan semula syarat lesen menjual barangan kawalan ke atas semua peruncit selepas peraturan itu dihentikan sejak 1991 atas keperluan menjaga kepentingan orang ramai.

Ini bermakna kira-kira 100,000 peruncit wajib mendapatkan lesen jika mahu meneruskan penjualan barangan keperluan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat itu akan dikuatkuasakan bermula 15 Jun ini selepas ia diwartakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: