Thursday, June 24, 2010

ASN2 terbaik

SERAMAI 9,237 pemegang yang memiliki 215 juta unit Amanah Saham Nasional (ASN2) akan menikmati dividen 5.20 sen dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM11.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010.

PRESTASI BAIK...Ahmad Sarji (kiri) bersama Kama Piah mengumumkan  pengagihan ASN2, semalam.
PRESTASI BAIK...Ahmad Sarji (kiri) bersama Kama Piah mengumumkan pengagihan ASN2, semalam.
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ASN2 menunjukkan prestasi baik sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2010 berbanding tempoh yang sama tahun lalu. “Sehingga 21 Jun 2010, ASN2 memperoleh pendapatan kasar RM18.47 juta iaitu peningkatan 70.54 peratus berbanding RM10.83 juta yang dicatatkan tahun lalu,” katanya ketika mengumumkan pengagihan ASN2 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.


Menurutnya, pendapatan daripada jualan saham menyumbang kira-kira RM11.46 juta, manakala dividen diterima daripada syarikat pelaburan menyumbang RM5.66 juta dan selebihnya RM1.35 juta daripada pelaburan lain. Beliau berkata, berdasarkan kenaikan nilai aset bersih ASN2 daripada RM0.9122 seunit pada 30 Jun 2009 kepada RM1.0872 seunit pada 21 Jun 2010, jumlah pulangan dicatatkan ASN2 adalah 19.18 peratus selari dengan perkembangan pasaran semasa.


Sehubungan itu, semua urus niaga ASN2 akan digantung mulai hari ini hingga 30 Jun bagi memudahkan pengiraan dividen dan pemegang unit ASN2 boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di pejabat ASNB atau ejen di seluruh negara mulai 1 Julai ini.


Bagi pemegang unit yang melanggan unit ASN2 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: