Monday, June 28, 2010

Lesen pemborong, stok dikurang




RANTAU PANJANG - Kerajaan akan melaksanakan langkah terbaru menyekat kegiatan penyeludupan barangan kawalan dengan cadangan mengehadkan jumlah syarikat pemborong khususnya di kawasan sempadan selain mengurangkan stok untuk mereka.

Jika cadangan itu dilaksanakan kelak, apa yang akan berlaku ialah setiap 222 kawasan Parlimen di negara ini hanya akan mempunyai satu syarikat pemborong barangan kawalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) memberi contoh, antara punca kes penyeludupan di kawasan itu berleluasa ialah kewujudan 18 syarikat pemborong dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang termasuk di kawasan tidak terdapat penduduk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: