Perjalanan program realiti Imam Muda yang sudah masuk minggu keempat menyaksikan seorang pelajarnya tersingkir dari program itu setelah proses penilaian dilakukan.
Keputusan penyingkiran dilakukan oleh Pengetua Imam Muda, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz pada akhir program itu Jumaat lalu.
Dengan penyingkiran itu, Abe Syara atau nama penuhnya Sharafuddin Suaut, 26, mencatat sejarah sebagai pelajar pertama dalam program realiti Imam Muda yang tersingkir.
Abe Syara juga mencatat sejarah tersendiri apabila bergelar wakil tunggal dari Sarawak yang berjaya memasuki program yang mengetengahkan bakal imam muda.
Menurut pengetua Imam Muda Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz berkata perjalanan Abe Syara yang berasal dari Miri, Sarawak tersingkir kerana mendapat kutipan markah terendah dari sembilan pelajar yang bersaing.
Sepuluh calon Imam Muda akan diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.
Program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Program itu memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. Calon-calon Imam Muda terbabit akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi Imam Muda, hanya seorang peserta yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: