Thursday, June 10, 2010

12,000 tan gula ditambah tampung keperluan


NORAZIZAH Abdul (kiri) dan rakannya, Maimon Abdul Malek tersenyum riang apabila mendapati bekalan gula di pasar raya berhampiran rumah mereka di Seremban pulih.


SEREMBAN - Sebanyak 12,000 tan metrik gula akan ditambah ke pasaran dalam tempoh seminggu lagi bagi mengatasi masalah kekurangan gula di Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Iskandar Halim Sulaiman berkata, buat permulaan sebanyak 70 tan matrik bahan berkenaan sudah diedarkan di negeri ini semalam.

"Saya harap dengan penambahan bekalan ini dapat memulihkan keadaan dan melenyapkan perasaan panik di kalangan pengguna.

"Bekalan tambahan ini akan disalurkan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam tempoh seminggu," katanya selepas melakukan lawatan di pasar raya Carrefour di sini semalam.

Iskandar memberitahu, bekalan tersebut dijangka dapat menampung keperluan pengguna dalam tempoh sebulan dan pihaknya akan menambah keperluan jika keadaan memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: