|
|
KUALA LUMPUR - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2010 yang dijadual berlangsung mulai 23 Jun ini bakal menyaksikan penyertaan beberapa buah negara baru.
Antaranya ialah Albania, Belgium, Gambia, Itali dan Hong Kong yang akan bersama-sama 32 negara lain dalam pameran selama lima hari di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mihas kali ketujuh itu juga akan menyaksikan penyertaan sebanyak 503 buah syarikat.
"Daripada jumlah itu, 169 buah merupakan syarikat antarabangsa dan bakinya sebanyak 334 ialah syarikat tempatan yang akan menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan di 661 gerai berbanding 628 gerai tahun lalu," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin dan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Perkhidmatan Matrade, Wan Norma Wan Daud.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pameran yang dijangka menarik kunjungan kira-kira 35,000 pelawat itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: