
![]() |
| Nozette |
WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin menahan seorang saintis terkenal, Stewart Nozette yang pernah bertugas di White House dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) atas tuduhan cuba menjual maklumat sulit kepada Israel.
Nozette pernah terlibat dalam misi untuk mencari air di bulan pada tahun 1996.
Dia ditangkap dalam satu operasi apabila ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyamar sebagai seorang ejen perisikan Israel.
Nozette ditahan di Chevy Chase, di sini dijangka dihadapkan ke mahkamah.
Dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
"Tuduhan terhadap Nozette sangat serius dan ia perlu dijadikan amaran kepada individu lain yang cuba mengganggu keselamatan negara demi faedah kewangan," kata Penolong Peguam Negara, David Kris.
Pada awal September lalu, Nozette menerima satu panggilan telefon daripada seorang anggota FBI yang menyamar sebagai seorang pegawai perisikan Israel.
"Nozette menemui anggota FBI yang menyamar itu dan membincangkan kesediaannya untuk bekerja dengan pihak perisikan Israel," kata Jabatan Keadilan AS.
Menurut jabatan itu, siantis tersebut bersedia untuk memberikan maklumat dengan syarat diberikan wang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: