Wednesday, October 21, 2009

Polanski dilarang ikat jamin




GENEVA - Sebuah mahkamah jenayah tertinggi Switzerland semalam menolak permohonan ikat jamin seorang pengarah filem terkenal yang pernah memenangi anugerah Oscar, Roman Polanski (gambar).

"Mahkamah Jenayah Persekutuan menolak rayuan Polanski yang menentang penahanannnya sebelum dia diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) berhubung kes dia merogol seorang gadis bawah umur.

"Pihak mahkamah menimbangkan risiko kemungkinan besar Polanski melarikan diri sekiranya dibebaskan," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah tersebut.

Polanski, 76, dianggap sebagai seorang banduan pelarian oleh pihak berkuasa AS sejak dia melarikan diri dari negara itu pada 1978.

Dia yang merupakan rakyat Perancis, dikehendaki di AS selepas membuat pengakuan pernah mengadakan hubungan seks dengan seorang budak perempuan yang berumur 13 tahun.

Polanski ditahan polis Switzerland di Zurich pada 26 September lalu semasa dia mahu menghadiri sebuah festival filem.

Di bawah perjanjian antara Switzerland dan AS, pendakwa raya di California mempunyai 40 hari dari tarikh Polanski ditahan untuk membuat permohonan ekstradisi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: