Sunday, October 11, 2009

Linda Onn beli banglo RM1 juta?

Tahniah kepada penyampai radio popular Sinar FM, Linda Onn yang akan menduduki banglo baru tak lama lagi.

Wah... murah betul rezeki Linda selepas berjaya dalam perniagaan restoran asam pedas dan nasi ayam dia.

Sebab itulah dia mampu beli banglo baru yang terletak di Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Sebelum ini Linda tinggal di kawasan perumahan elit di Jalan Ampang. Rumah itupun harganya dikatakan lebih setengah juta ringgit.

Sementara banglo terbarunya dengar ceritanya cecah RM1 juta juga. Maklumlah, kawasan berkenaan dikatakan begitu eksklusif. Hanya ada beberapa buah banglo mewah sahaja.

Mengikut cerita seseorang, banglo terbaru Linda itu ada nostalgia yang tak dapat nak dilupakan.

Kalau tak silaplah pada asalnya dia nak berkongsi beli dengan bekas kekasihnya Fahrin Ahmad. Tapi dek kerana hubungan mereka tak panjang, hasrat tersebut hancur berkecai begitu saja.

Walaupun begitu Linda tetap teruskan hasrat membeli rumah berkenaan dengan wang titik peluhnya sendiri.

Jadi pada 17 Oktober akan datang, Linda akan mengadakan majlis memperkenalkan rumah barunya itu dan juga majlis jamuan raya.

Kepada Linda, tahniah ya. Bertuah siapa yang jadi suami dia. Kira cuci kakilah kalau kahwin dengan Linda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: