Thursday, October 15, 2009

Kekasih joli kad kredit

TERKEJUT Marilyn dengar cerita yang satu ni. Kalau diikutkan, ini bukan gosip lagi, tetapi memang kisah benar yang terjadi kepada seorang penyampai radio sebuah stesen radio swasta yang boleh tahan popular jugalah di negara ini.

Penyampai yang berkulit putih dan jelita itu disenaraihitamkan oleh pihak bank gara-gara belum habis membayar hutang kad kreditnya yang mencecah puluhan ribu sejak beberapa tahun lalu.

Bukan si penyampai ni yang gila membeli-belah atau boros berbelanja selama ni. Sebaliknya penyampai tu ditipu oleh bekas teman lelakinya sehingga dia sendiri yang terpaksa menanggung akibat perbuatan lelaki dayus tu.

Kawan Marilyn yang rapat juga rapat dengan penyampai tu memberitahu, bekas teman lelakinya pernah menggunakan kad kredit atas persetujuan penyampai radio tu disebabkan dia mengaku ada masalah kewangan.

Agaknya waktu tu tengah angau bercinta sampaikan terlupa tidak semua golongan lelaki boleh dipercayai dalam dunia ni. Demi cinta yang cukup mendalam, penyampai radio tu pun membenarkan kad kreditnya dipinjam lelaki tak tahu malu tu.

Tidak lama kemudian, mereka berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri. Penyampai radio tu dengan cara paling manis dan baik datang kepada lelaki tu sambil minta semula wangnya dikembalikan apatah lagi kadar faedah yang dikenakan pihak bank terus meningkat dari semasa ke semasa.

Si lelaki dengan selamba tak mahu bayar semula kepada penyampai radio ni. Bahkan lelaki yang Marilyn anggap spesies murahan tu buat tak tahu saja seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Puas dipujuk dan dirayu oleh penyampai radio ni, malangnya bekas teman lelakinya terus buat bodoh sampaikan putus asa gamaknya penyampai radio yang tak bersalah tu.

Akhirnya, Marilyn dengar penyampai radio tu kini sedang berhempas-pulas membayar ansuran bulanan hutang kredit kad bekas teman lelakinya sampaikan kehidupan dia jadi sedikit kucar-kacir.

Kalau Marilyn berada kat tempat dia, mungkin Marilyn tak tahu nak buat apa jugalah sebab lelaki jenis kaki tipu dan tak sedar diri memang bijak dalam bab-bab kikis dan memutar belitkan cerita.

Nasihat Marilyn kepada penyampai radio tu agar dia menjadikan perkara tu sebagai pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: