Thursday, October 15, 2009

Enggan jawab soalan status gay


WANG LEE HOM


KALAU sebelum ini penyanyi kacak Taiwan, Wang Lee Hom enggan membuka mulut terhadap sebarang soalan yang terarah kepada hubungan sejenis ketika diwawancara majalah Men's Health China, rupa-rupanya ada seorang lagi artis yang turut punya pendirian sama dengannya.

Individu yang dimaksudkan itu ialah Jerry Yan. Dia cukup tidak selesa untuk membicarakan perihal homoseksual secara terang-terangan kepada umum apatah lagi perkara itu boleh menjadi sensitif kepada sesetengah individu.

"Saya harap peminat memahami prinsip saya yang enggan bercakap tentang hal yang berkaitan hubungan sejenis," katanya ringkas tanpa mahu mengulas panjang lebar.


JERRY YAN


Jerry yang sebelum ini bergandingan dengan nama-nama besar dalam industri seni Taiwan seperti Lin Chi Lin, Barbie Hsu dan Ella sempat mengungkapkan perasaan teruja apabila dapat bekerja dengan mereka.

"Tidak kiralah sama ada Barbie mahupun Ella, saya memang mahu terus bekerjasama dengan wanita hebat lain yang sama aliran dengan saya dalam dunia hiburan.

"Ia bukan saja memberikan kelainan kepada saya, sebaliknya membuatkan saya punya semangat untuk bekerja lebih keras dan menjadi insan yang lebih baik pada masa depan," akhirinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: