![]() |
| |
PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan 10 November depan sebagai peluang terakhir bagi Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir (gambar) menceraikan isterinya secara baik.
Namun begitu, jika ahli perniagaan berusia 71 tahun itu belum bersedia menceraikan Khairuniswa Mohd. Isa, 35, maka wanita itu akan memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya.
Demikian yang diberitahu peguam syarie, Amli Embong kepada media selepas mahkamah semalam menetapkan tarikh sebutan kali ketiga bagi pasangan itu bercerai secara baik.
Plaintif memfailkan permohonan bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 8 September 2009.
Dalam pada itu, Amli berkata, plaintif terpaksa memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 berikutan permohonan untuk bercerai secara baik telah difailkan sejak bulan lalu.
"Namun, sehingga kini defendan (Moehamad Izat) masih lagi tidak bersedia untuk menceraikan plaintif secara baik," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: