Monday, October 5, 2009

Bekas menteri kewangan Jepun ditemui mati




TOKYO - Bekas menteri kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa (gambar) yang meletakkan jawatan ditemui mati di bilik tidur rumahnya, kata polis Tokyo semalam.

Sebelum ini, Nakagawa terpaksa meletakkan jawatan kerana kenyataan penafiannya bahawa dia mabuk semasa membuat sidang akhbar Kumpulan Tujuh (G7) pada Februari lalu.

Pihak berkuasa kini berusaha menentukan punca kematian bekas menteri yang berumur 56 tahun itu.

Menurut Agensi Berita Kyodo, punca kematiannya mungkin disebabkan bunuh diri.

Menurut polis, dia didapati mengambil ubat tidur.

"Saya mahu menyampaikan ucapan takziah," kata Menteri Kewangan, Hirohisa Fujii kepada pemberita di Istanbul.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: