Monday, July 18, 2011

Status Ibu Serlahkan Kewanitaan Alicia Keys

Alicia Keys

LONDON: Penyanyi dan komposer Alicia Keys, 30, mengakui naluri kewanitaannya semakin menyerlah dan menguasai diri sejak dia bergelar ibu kepada anak lelakinya Egypt, sembilan bulan yang lalu.

Menurut kenyataan isteri kepada penyanyi rap Swiss Beatz itu di portal contactmusic.com, kehidupan sebagai seorang ibu telah memberikannya kepuasan dan kebahagiaan yang berbeza berbanding sebelum ini.

"Saya semakin dapat menumpukan lebih perhatian kepada diri sendiri. Bergelar ibu menjadikan diri saya wanita yang berbeza dan lebih matang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: