Friday, July 1, 2011

Shuhaimi dah jumpa hero Kabut

Pengarah kontroversi lewat filem pendek Chukang tak lama dulu, Shuhaimi Lua Abdullah pernah menguar-uarkan mahu mengarah filem pendek keduanya, Kabut. Ia sebagai kesinambungan kepada usahanya memperlihatkan hasil pengarahannya ke mata masyarakat.

Sementelah hasratnya untuk mengarah filem cereka belum kesampaian lagi. Dia pernah diberi kepercayaan mengarahkan The Making of untuk filem-filem Tolong Awek Aku Puntianak dan Horey Horey.

Inilah bakal hero Kabut... Faiz fadzil

"Nampaknya rezeki saya datang untuk mengarah The Making of terlebih dahulu. Saya sudah memberikan arahan terbaik untuk kerja-kerja yang diamanahkan kepada saya.

"Memandangkan rezeki pengarahan filem belum datang kepada saya, saya kena percepatkan usaha mengarah filem pendek kedua saya ni.

"Saya sudah simpan skrip filem pendek itu sekian lama dan kini sudah bersedia untuk memulakannya.

"Dulu saya belum temui lagi hero yang bakal membawakan watak utama filem ini. Sekarang saya sudah menjumpainya," katanya merujuk kepada pelakon baru Faiz Fadzil yang berjaya mencuri perhatiannya.

Bersama pelakon filem Tolong Awek Aku Puntianak

Faiz ialah salah seorang pelakon pembantu filem Horey Horey yang ditemuinya semasa mengarah The Making of... Horey Horey yang baru tamat penggambaran minggu lalu. Filem itu akan ditayangkan tahun depan.

Kini dia sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk bekerjasama kerana Shuhaimi mahu menghasilkan sesuatu yang lebih bermutu berbanding Chukang untuk mengetengahkan namanya sebagai pengarah generasi baru yang dihormati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: