Friday, July 1, 2011

Perjalanan warisan Malaysia


Kuil Sin Sze Si Ya merupakan antara tokong Cina yang tertua di negara ini.


SEJArah Kuala Lumpur bermula sejak ia dibuka sekitar tahun 1857. Ia berkait rapat dengan penemuan bijih timah di kawasan tersebut dan di beberapa negeri di Tahan Melayu umumnya.

Dalam bahasa Melayu, namanya bererti 'kuala berlumpur' yang terdiri daripada cantuman dua sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Daripada pertemuan dua sungai itu ia dijadikan kawasan penempatan utama yang kemudian berkembang lebih-lebih lagi dengan wujudnya kemudahan pelabuhan kecil dan pusat perniagaan hingga ke hari ini.

Tidak ramai yang mengetahui usul-asal sejarah Kuala Lumpur lebih-lebih setelah ia ditelan arus kemajuan dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit.

Kenali sejarah lama

Melihatkan kepentingan sejarah tersebut, pihak pengurusan Pasar Seni atau lebih dikenali sebagai Central Market yang cukup sinonim pusat seni dan kraf tangan menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong yang mahir dengan sejarah Kuala Lumpur bagi membawa pelancong menyelusuri laluan yang menempatkan mercu tanda bersejarah itu.

Pakej yang dikenali sebagai Perjalanan Warisan itu bermula dari Pasar Seni yang pernah menjadi nadi kepada aktiviti perdagangan di ibu negara sejak lebih seabad lalu.

Satu ketika dahulu Pasar Seni hanya sekadar pasar yang menjual barangan basah.

Di kawasan sekitarnya tumbuh kawasan-kawasan perniagaan baru terutama yang membabitkan perniagaan rempah-ratus yang ada diantaranya kekal hingga ke hari ini.

Kerana nilai sejarahnya bangunan Pasar Seni dikekalkan sebagai monumen warisan Malaysia yang menjadi tarikan buat pelancong tempatan dan asing.

Sejak ia diambil alih oleh syarikat Kha Seng Group pada tahun 2004, kemudahan-kemudahan di Pasar Seni telah diperbaiki dan dinaik taraf sebagai pusat kesenian dan kraf tangan Malaysia.

Dari pintu besar Pasar Seni, mereka yang terbabit dengan Perjalanan Warisan akan diberi penerangan ringkas mengenai sejarah bangunan yang kini telah berusia 123 tahun.

Kemudiannya perjalanan akan melalui Annexe Central Market dengan pengunjung akan melawat bangunan yang dipenuhi dengan koleksi-koleksi galeri seni termasuk Galeri Annexe.

Ia termasuk menikmati transformasi di Pasar Seni seperti yang terdapat pada Kasturi Walk yang berkonsepkan kawasan terbuka.

Laluan pejalan kaki tertutup di lokasi tersebut dipenuhi dengan jualan barangan runcit, gerai-gerai menjual cenderamata, aksesori wanita, kraf tangan dan juadah makanan tempatan yang unik.

Sepanjang perjalanan, pengunjung akan meneroka sejarah tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia berdasarkan lokasi yang berbeza.

Menariknya, setiap lokasi tersebut ada cerita yang tersendiri dan pengunjung akan dibawa untuk menerokai jalan-jalan utama di tengah ibu kota yang sebenar menempatkan beberapa premis bersejarah untuk dilawati.

Selain itu, pengunjung turut didedahkan dengan sejarah lama bangunan-bangunan yang terdapat di beberapa jalan utama di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: