MOTOSIKAL elektrik Modenas CTric bakal menjadi pilihan orang ramai pada masa depan kerana ia bukan sahaja tidak menggunakan bahan api sekali gus mesra alam bahkan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Ketua Pegawai Eksekutif Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), Abdul Halim Ismail berkata, beliau yakin ia menjadi pilihan penunggang motosikal kerana kosnya kurang satu sen untuk sekilometer.
Lebih-lebih lagi, katanya, harga petrol yang semakin meningkat di seluruh dunia naik membebankan orang ramai terutama golongan sederhana dan miskin.
“Untuk CTric, kita tidak perlu tukar minyak hitam dan servis palam pencucuh. Kos elektrik dianggarkan sebanyak satu sen untuk setiap km. Penyelenggaraannya biasa. Ini sudah tentu berupa suatu penjimatan.
“Jika kebanyakan e-basikal tidak dapat mendaki bukit, CTric ini mampu berbuat demikian malah dapat mencapai had laju 70 kilometer sejam,” katanya kepada Mingguan MStar.
Modenas menjalankan ujian kecuraman dan ia berjaya mendaki Gunung Jerai, Kedah sehingga ke puncak.
Buat kali kedua, pada 30 Jun lalu, Abdul Halim mengetuai pasukan pandu uji CTric di Genting Highlands.
Abdul Halim berkata, orang ramai mungkin mengambil masa untuk menerima penggunaan motosikal elektrik buat masa ini kerana ia masih baru di pasaran.
“Mereka mungkin masih ragu tentang keupayaan motosikal elektrik untuk memenuhi keperluan mereka terutama bagi golongan pengguna motosikal berkuasa enjin.
“Apatah lagi motosikal biasa lebih mudah digunakan kerana petrol boleh diisi di stesen minyak yang terdapat di mana-mana. Jadi mungkin sambutan (orang ramai terhadap motosikal elektrik) tidak sebaik motosikal berenjin di peringkat awal,” katanya. Abdul Halim memberitahu, pihaknya sedar langkah mengeluarkan motosikal elektrik berdepan dengan risiko tidak mendapat permintaan tinggi.
“Namun kita harus mula melakukan sesuatu dari satu titik permulaan. Jadi Modenas mengambil insiatif untuk membuat Modenas CTric.
“Pihak pengurusan Modenas telah mengambil langkah mitigasi dengan mengeksportkan unit-unit ke luar negara,” katanya yang mensasarkan volum pengeluaran berbeza-beza mengikut pasaran domestik dan antarabangsa.
Buat masa ini, Modenas mensasarkan jualan CTric sebanyak 500 unit sebulan untuk pasaran domestik selain dilengkapkan dengan permintaan dari luar negara.
“Kita telah eksport 100 unit ke Iran.” katanya sambil menambah Modenas sedang dalam proses melantik pengedar bagi CTric di Korea.
Lain-lain negara yang berminat mengimport CTric termasuk Australia dan Belanda. Ini sudah tentu merupakan suatu pengiktirafan terhadap teknologi yang direka cipta secara seratus peratus oleh orang tempatan.
CTric mengguna pakai motor jenis Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh berkuasa 3.60kW @ 80 kilometer/sejam (km/j) dan kalis air. Ia juga direka dengan alat pengesan Honeywell Hall dan Brakeless Rotor.
Pada kelajuan purata 30km/j, motosikal tersebut mampu mencapai jarak sejauh 60km untuk setiap cas penuh. Ia juga berupaya mencapai had laju sehingga 80km/j.
Unit Kawalan Motor jentera itu dilengkapi dengan Programmed Torque Syncronizer, Overload Protection System, Smooth Digitised Sequential Power Switching dan pengecas pintar.
Mengenai kemungkinan Modenas membina infrastruktur pengecasan semula bateri Nano Gel yang digunakan CTric di tempat-tempat tertentu di seluruh negara, Abdul Halim berkata, pihaknya pernah terfikir untuk melakukannya tetapi kosnya adalah terlalu tinggi.
“Memang ada idea-idea begitu. Misalnya pengecasan mod laju (3.5 jam) di stesen petrol mendapat bekalan elektrik jenis satu fasa. Ia memerlukan masa.“Jika kita menukar kepada saluran elektrik jenis tiga fasa yang biasa digunakan dalam industri, ia akan menelan kos tinggi,” katanya.
Abdul Halim berkata, pihaknya mengetahui kebanyakan premis terutama flat tidak sesuai untuk kereta atau motosikal elektrik kerana tidak disediakan soket di luar premis.
“Ini bergantung kepada kreativiti penghuni rumah dalam menyediakan infrastruktur bagi menggunakan motosikal elektrik.
“Kita berharap pada masa depan, rumah dengan infrastruktur untuk kenderaan elektrik dapat disediakan,” katanya.
Berhubung dengan cadangan menggunakan bateri lithium ion polimer yang lebih tahan lama pada CTric, Abdul Halim berkata, pihaknya ingin menggunakannya tetapi ia akan meningkatkan kos.
CTric berharga RM4,888 seunit sekarang.
“Bateri lithium-ion 1 kW berharga USD1,000. Motor CTric berkuasa 3.6kW jika digantikan dengan bateri jenis tersebut akan melonjakkan harga CTric,” katanya.
Abdul Halim turut berharap kerajaan akan menjadikan pembinaan infrastruktur pengecajan semula untuk kenderaan elektrik di rumah-rumah sebagai satu standard.
saya pelajar diploma teknologi elektronik industri dari kolej kemahiran tinggi MARA pasir mas kelantan..adakah saya boleh membuat permohonan latihan industri atau practical di industri naza di kedah??
ReplyDeletebila permohonan ini akan dibuka??bagaimana utk sy membuat permohonan??saya berminat dengan program ini…terima kasih..
hubungi saya:013-4029697
saya pelajar diploma teknologi elektronik industri dari kolej kemahiran tinggi MARA pasir mas kelantan..adakah saya boleh membuat permohonan latihan industri atau practical di industri modenas di kedah??
ReplyDeletebila permohonan ini akan dibuka??bagaimana utk sy membuat permohonan??saya berminat dengan program ini…terima kasih..
hubungi saya:013-4029697