WASPADA... PENCEGAHAN... pemeriksaan perlu dilakukan jika anda mengalami batuk yang berterusan.
BATUK kering atau tibi ialah jangkitan bakterium, mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru (tibi pulmonari) juga mampu menyerang otak (meningitis), sistem saluran kencing dan sendi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG akan melindungi kanak-kanak daripada mendapat tibi teruk.
Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
Sukar menentukan bila penyakit tibi dapat dihapuskan di Malaysia memandangkan banyak faktor menyumbang kepada kemunculan semula penyakit itu termasuk:
Masyarakat kita sering beranggapan apabila mengalami batuk berdarah, mereka terkena santau. Bagi mengubati penyakit itu, mereka bertemu bomoh yang memberi mereka minum air jampi.
Dua atau tiga bulan kemudian, tibi akan menjadi lebih teruk. Sama ada mendapat tibi, kanser atau masalah paru-paru, mereka yang batuk berdarah lebih suka mendapatkan rawatan tradisional.
Pakar perunding Kanan Perubatan/Respiratori/Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Razak Muttalif, berkata kesedaran mengenai penyakit tibi masih lagi rendah di kalangan masyarakat, terutama di kalangan kaum Melayu.
Terdapat ramai pesakit yang sering tidak memakan ubat seperti yang diarahkan doktor. Kebanyakan mereka hanya mengambil ubat selama sebulan dan berhenti memakan ubat apabila merasa diri mereka sudah sihat. Ada juga pesakit yang lebih mempercayai bomoh berbanding doktor, lalu mengambil penawar dan tidak memakan ubat hospital. Alasan yang diberikan ialah mereka disantau orang.
“Akibat lambat mendapatkan rawatan sepatutnya, mereka sukar untuk dirawat. Kebanyakan kes seperti ini sering berakhir dengan kematian. Dalam bulan ini saja, tiga kes tibi yang teruk dengan satu daripada pesakit meninggal dunia. Ini perkara yang sangat dikesali kerana penyakit tibi boleh dirawat dan jika dirawat dengan sempurna, ia tidak akan menyebabkan kematian.
“Penyakit ini mudah dikesan dan menerusi rawatan, ia boleh sembuh 100 peratus. Pesakit tibi perlu memakan ubat selama enam bulan berterusan. Bagaimanapun, kebanyakan mereka makan ubat tidak mengikut arahan doktor menjadikan kuman tibi semakin kebal.
“Sekiranya mengalami batuk berdarah, seseorang itu perlu berjumpa doktor bagi mengesan dan merawat penyakit yang dihidapi. Sinar-X paru-paru boleh mengesan sekiranya terdapat kuman tibi, kanser atau radang paru-paru. Pemeriksaan kahak untuk kuman tibi adalah ujian yang amat tepat dan senang dilakukan.
“Sekiranya pesakit menghidap tibi, ujian sinar-X dilakukan boleh mengesan tanda atau bintik putih pada paru-paru. Jika lambat mendapatkan rawatan, pesakit mungkin meninggal dunia, kegagalan sistem penafasan akibat paru-paru rosak, berjangkit kepada orang lain terutama ahli keluarga atau orang yang sering berdamping dengannya atau merebak pada organ lain seperti otak dan kulit,” katanya.
Beliau berharap kesedaran mengenai bahaya tibi dapat disebarkan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat supaya mereka boleh mencegah penyebaran penyakit itu sekali gus menurunkan angka kematian disebabkan penyakit tibi.
Sementara itu, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, sesiapapun boleh terdedah kepada tibi kerana ia menjangkit melalui udara iaitu jika pesakit batuk.
“Pemeriksaan X-ray di dada dan pemeriksaan kahak dilakukan bagi mengesan penyakit itu. Tibi yang aktif ialah kahak mengandungi kuman tibi.
“Ada juga tibi yang tidak aktif iaitu seseorang itu sememangnya sudah lama mendapat tibi tetapi pesakit tidak menunjukkan simptom dan tidak berjangkit kepada orang lain. Bagaimanapun, ujian X-ray boleh mengesan kuman tibi walaupun ia tidak aktif,” katanya.
Menurutnya, tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.
Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.
Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.
Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.
Pemeriksaan terhadap najis pesakit atau cecair dalam perutnya boleh mengesan kehadiran kuman tibi. Jika cirit-birit biasa mungkin mengambil masa dua atau tiga hari untuk sembuh, pesakit tibi perut atau tibi usus menyebabkan cirit-birit berlarutan dua atau tiga bulan.
Menurutnya, pesakit perlu makan ubat selama enam bulan dengan dua bulan pertama makan empat jenis antibiotik wajib, empat bulan berikut wajib makan dua jenis antibiotik dan perlu makan ubat ini setiap hari tanpa tertinggal.
“Kebanyakan pesakit berhenti makan ubat selepas sebulan kerana merasa diri sudah sembuh. Ini menyebabkan kuman menjadi lebih kuat dan perlu dirawat menggunakan ubat lebih kuat yang mempunyai banyak kesan sampingan.
“Biasanya pesakit dalam rawatan tibi akan menjalani rawatan susulan sebulan atau dua bulan selepas rawatan pertama iaitu dia perlu makan empat ubat untuk memastikan penyakit itu pulih atau bertambah teruk atau pesakit mengalami kesan sampingan daripada pengambilan ubat. Antara kesan sampingan ubat ialah loya, muntah atau kencing bertukar warna oren,” katanya.
Tanda menghidap tibi:
Bagaimana mengesan penyakit tibi?
Jika mengalami tanda di atas, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:
Fakta penting
KES 1
BATUK kronik yang berlarutan enam bulan mendorong seorang wanita datang ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia mengalami susut berat badan, hilang selera makan dan demam pada waktu malam. Beliau turut mempunyai rakan sekerja yang ada masalah batuk kronik.
Dia berubat dengan bomoh dan diberitahu terkena santau. Bomoh itu memberinya air penawar dan selepas meminumnya dia mengalami batuk berdarah.
Disebabkan batuknya semakin teruk disertai masalah sukar bernafas, dia ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan dan diberi bekas dan temu janji untuk pemeriksaan kahak bagi mengesan tibi. Pada malam itu, wanita itu meninggal dunia.
Tidak lama kemudian, anaknya pula mengalami simptom batuk kronik dan disahkan menghidap penyakit tibi. Kini anaknya dirawat dengan ubat anti tibi.
KES 2
SEORANG wanita berusia 56 tahun disahkan menghidap tibi. Ubat tibi diberi tidak dimakan mengikut jadual. Ketika ke hospital kali kedua, pemeriksaan mendapati paru-parunya rosak. Dia dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).
Selepas dibenarkan keluar wad, dia menyambung menjalani rawatan tibi. Bagaimanapun, akibat kerosakan paru-paru, dia memerlukan bantuan oksigen, sekali gus membataskan pergerakan dan urusan harian.
KES 3
PEMERIKSAAN X-ray ke atas seorang gadis yang mengalami batuk mendapati, paru-parunya dimasuki air (effusi pleura).
Doktor ingin menjalankan prosedur bagi membuang air dalam paru-parunya untuk mengurangkan masalah dihadapi. Bagaimanapun, bapa pesakit tidak bersetuju dan membawa anaknya berjumpa bomoh.
Selepas dua minggu, keadaan pesakit sangat teruk, letih dan sesak nafas serta dimasukkan ke wad ICU. Pemeriksaan kahak menunjukkan gadis itu mengalami serangan kuman tibi dan nyawanya tidak dapat diselamatkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: