Andre Villas-Boas
BELIAU sudah dianggap sebagai ‘Special One’ baru. Namun perlawanan pertamanya mengendalikan Chelsea membuktikan segala-galanya dan Andre Villas-Boas mungkin tidak lama lagi akan dikenali sebagai ‘Special 12’.
Bos baru Blues itu, yang sudah dibandingkan dengan Jose Mourinho, memulakan kempennya menerusi kemenangan 3-0 ke atas Wycombe pada satu perlawanan persahabatan minggu lalu diikuti dengan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth.
Beliau kini bersama skuadnya dalam Jelajah Asia berdepan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini diikuti menentang Bintang-bintang Thailand (Ahad) sebelum bertanding pada Trofi Asia Barclays menentang Kitchee (27 Julai) dan sama ada Aston Villa atau Blackburn (30 Julai) di Hong Kong.
Tiada seorang pun peminat atau wartawan dibenarkan untuk menonton perlawanan sulung Villas-Boas yang dilangsungkan secara tertutup di pusat latihan kelab itu, Cobham di Surrey.
Namun seorang sumber berkata: “Villas-Boas bagaikan orang ke-12 Chelsea.
“Beliau menghabiskan sepanjang perlawanan itu berdiri di tepi garisan, memberikan pemainnya galakan dan arahan.
“Jika beliau nampak pemainnya tidak dikawal, beliau akan memberitahu pemainnya supaya menghantar bola kepada pemain itu. Beliau tidak menjerit-jerit atau berteriak, beliau hanya memberikan arahan jelas dan ringkas. Pemain patuh kepada apa yang diperkatakannya.
“Ia jelas sepanjang perlawanan itu mereka sudah menghormati pengurus baru itu, sekalipun beliau agak muda.”
Villas-Boas, 33, mengambil alih bulan lalu selepas mengemudi FC Porto
memenangi liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa musim lalu.
Pengurus baru itu berkata beliau gembira dengan skuad yang diwarisinya daripada pengurus terdahulu, Carlo Ancelotti dan tidak bercadang untuk melakukan rombakan besar.
“Datang ke sini bukannya dengan tugas untuk melakukan perubahan besar atau radikal.
“Saya teruja dengan cabaran menanti saya dan staf teknikal. Namun cabaran itu kebanyakannya akan diselesaikan oleh pemain dan kualiti mereka.
“Setiap orang tahu jangkaan dan harapan yang ditetapkan buat kelab sebesar ini. Saya fikir kami akan berdepan satu musim yang hebat.”
Menariknya, pada usia 16 tahun, Villas-Boas (seorang penyokong fanatik Porto) tinggal di blok apartmen sama dengan pengurus Porto masa itu, Bobby Robson.
Berikutan satu perdebatan antara kedua-duanya, Robson melantik Villas-Boas ke jabatan pemerhatian Porto. Di bawah bimbingan Robson, yang kagum dengan kefasihan pertuturan bahasa Inggerisnya, beliau mendapat lesen kejurulatihan C Uefa pada usia 17 tahun di Scotland.
Beliau kemudian bertugas seketika sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan British Virgin Islands pada usia 21 tahun sebelum beliau meneruskan karier sebagai penolong jurulatih di Porto di bawah kendalian Mourinho. Ketika Mourinho berpindah kelab ke Chelsea dan Inter Milan, Villas-Boas menurutinya sebelum beliau sendiri menjadi jurulatih Academica dan kemudian Porto.
PROFIL
NAMA PENUH: Luis Andre de Pina Cabral e Villas-Boas
TARIKH LAHIR: 17 Oktober 1977
TEMPAT LAHIR: Porto, Portugal
TINGGI: 1.82 meter
PENGALAMAN PENGURUSAN:
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: