Friday, July 1, 2011

Anak saya terima Hilmi dengan baik - Dira

Bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 November ini, Dira Abu Zahar dan tunangnya, Hilmi Yusof sudah bersedia untuk bergelar suami isteri.

Namun yang menjadi persoalannya adalah anak manja pelakon wanita ini,Tengku Anggun Deandra Tengku Tengku Shafiz-Rullah, yang selama ini begitu rapat dengan kedua ibu bapanya biarpun kedua mereka sudah lama berpisah.

Masih berusia dua tahun, Anggun dipelihara sepenuhnya oleh Dira bagaimanapun bebas untuk bertemu bapanya pada bila-bila masa.

Mengakui anaknya itu begitu mendengar kata dan sangat memahami, jelas Dira, Anggun tidak mempunyai masalah sekiranya dia berkahwin dengan Hilmi.

"Anggun seorang anak yang baik, malahan dia juga tidak banyak kerenah. Apa yang saya lihat dia boleh terima keadaan saya dengan gembira, malahan apa sahaja yang saya lakukan sekarang segalanya adalah untuknya.

"Hubungan dia dengan Hilmi juga baik, begitu juga dengan bapanya. Alhamdulillah, saya tidak dapat halangan daripada anak, dan dia sangat-sangat baik,"jelas Anggun.

Melalui liku-liku kehidupan sendirian hampir setahun, setelah perkahwinannya yang dibina bersama salah seorang anggota kumpulan Bau, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid berakhir dengan kedukaan, ia sama sekali tidak menjadikan wanita ini serik untuk memulakan kehidupannya semula.

Biarpun sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan, pengacaraan dan lakonan, namun ia tidak menjadi penghalang untuk Dira mengecapi bahagia.

"Pada saya rezeki itu dimana-mana, selepas berkahwin sekalipun saya tetap akan meneruskan kerjaya saya seperti biasa.

"Tidak mana-mana syarat dan sekiranya ia datang dengan baik saya tidak akan menolaknya,"luah Dira lagi.

Bakal bergandingan dengan artis-artis berbakat menerusi drama Tahajjud Cinta, jelas Dira dia gembira diberi peluang untuk menjadi sebahagian keluarga bersar Tahajjud Cinta.

"Bila dapat tawaran, memang saya tak sangka saya akan bergandingan dengan nama-nama besar seperti Melissa Saila, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Eman Manan dan ramai lagi.

"Ini peluang paling berharga selain dapat bekerja bersama Eirma Fatima.Tak dinafikan banyak cabarannya, namun perkara yang paling gentar adalah sewaktu babak mengurut kepala Eman Manan, saat itu saya rasa takut dan gementar keran ini kali pertama saya berlakon bersamanya,"luahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: