Tuesday, June 1, 2010

Yuni belum sedia kahwin Raffi

Sudah dua tahun penyanyi Yuni Shara dan Raffi Ahmad berkawan dan mereka sudah saling terbuka memperkatakan pasal hubungan cinta. Namun sehingga sekarang belum nampak tanda-tanda akan melanjutkan ke jenjang pelamin. Adakah hubungan mereka tidak serius?

"Hubungan kami serius, malah sudah beberapa kali Raffi mengajak saya bernikah, tapi saya belum sedia. saya fikir dia terlalu muda untuk saya dan memerlukan masa untuk memikirkannya," kata Yuni, 37, yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga. Raffi baru berusia 22 tahun.

Kemesraan saat menjalani rakaman klip video lagu 50 Tahun Lagi.

Kepada media di Indonesia Yuni mengakui alasan trauma dengan perceraian lalu membuatkan dia tidak mahu terburu-buru. Yuni juga bertuah kerana si kekasih memahami kondisinya dan sedia menunggu.

"Saya tidak lagi muda, saya pasti akan bertambah tua. Saya fikirkan kalau saya umur sebegini... nanti akan ada keluhan begini-begitu. Banyak yang saya kena pertimbangkan.

"Saya bersyujur kerana keluarga saya menerima kehadiran Raffi dan hubungan kami berjalan lancar. Tapi penerimaan keluarga itu tidak bermakna saya harus membuat keputusan serta merta untuk naik pelamin. Saya masih belum yakin, Raffi jodoh saya. Saya ikut sahaja apa yang akan terjadi," kata Yuni.

Raffi juga melahirkan rasa syukur kerana keluarga Yuni menerima kehadirannya dalam hidup penyanyi lagu Kucari Jalan Terbaik itu.

"Saya sudah serasi dengan keluarga Yuni dan saya sudah berasa seperti menjadi ahli keluarga. Kalau sudah saatnya saya akan melamar dia," kata Raffi.

Tak tiru Anang-Syahrini

Raffi tidak mahu berbicara panjang pasal hubungannya dengan Yuni sebaliknya lebih selesa bercakap pasal single duetnya bersama Yuni yang baru dilancarkan berjudul 50 Tahun Lagi.

Klip video lagu berirama disko itu turut menampilkan barisan nama popular dalam industri muzik dan sinetron Indonesia, termasuk Rossa, Krisdayanti, Femi Permatasari, Kristina, Jeremy Thomas, Nina Tamam, Tamara Geraldin dan Baim Wong sebagai bintang tamu.

Adakah Yuni ingin menyaingi pasangan Anang dan Syahrini yang sedang popular denganlagu duet mereka Jangan Memilih Aku? Sementelah Anang adalah mantan adik ipar Yuni.

Kata Yuni:"Saya hanya mencari peluang. Kalau menghasilkan lagu duet ini sesuatu yang baik, kenapa harus saya tolak? Saya berbeza dengan Anang.

Semasa menyanyi bersama Raffi, peminat meminta kami berduet. Raffi juga penyanyi, vokalnya juga bagus, kenapa saya tidak manfaatkan?"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: