Tuesday, June 22, 2010

VIP kecut perut diburu polis


MOHD. Bakri menunjukkan sebahagian peralatan untuk berjudi yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Lebih tujuh orang kenamaan (VIP) bertindak melarikan diri ke luar negara sebaik menyedari mereka menjadi buruan polis kerana terlibat dengan sindiket pertaruhan judi dalam talian bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi menjejaki mereka yang terlibat dengan kerjasama Interpol.

"Pihak Interpol bersedia memberi kerjasama dengan kita bagi mengesan mereka yang terlibat dengan sindiket perjudian ini walaupun mereka berada di luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, kesemua suspek itu dikenal pasti selepas sepasukan Unit Gempur melakukan siasatan dan risikan terhadap 160 premis yang diserbu dan dapat menahan 120 orang melibatkan wang pertaruhan sebanyak RM300.7 juta dalam 'Ops Soga' sejak dua minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: