Tuesday, June 22, 2010

Kumpulan culik anak ahli politik Nigeria tumpas


GAMBAR menunjukkan empat daripada enam penculik didalangi warga Nigeria yang dapat diberkas dalam serbuan di Cheras kelmarin.


SHAH ALAM – Tindakan sekumpulan enam penjenayah menculik anak lelaki kepada seorang ahli politik Nigeria berusia 28 tahun mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Cheras, Kuala Lumpur dekat sini kelmarin.

Serbuan pukul 3.45 petang itu dilakukan selepas polis menerima satu laporan daripada adik mangsa mengatakan dia telah membayar wang tebusan sebanyak AS$10,000 (RM33,110) kepada suspek bagi membebaskan abangnya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, mangsa yang merupakan pelajar di Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya itu telah diculik di tepi jalan pada pukul 8.30 malam sebelum dikurung di rumah tersebut 23 Mei lalu.

Katanya, mangsa hanya dibebaskan di kawasan Cyberjaya pukul 1.30 petang kelmarin selepas ahli keluarganya membayar wang tebusan kira-kira RM30,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: