Tuesday, June 15, 2010

Urut seksi

TUKANG urut warga asing menunggu pelanggan di kaki lima jalan Bukit  Bintang.
TUKANG urut warga asing menunggu pelanggan di kaki lima jalan Bukit Bintang.
Gadis cantik dari China jadi umpan pelanggan di Jalan Bukit Bintang

BUKIT BINTANG: Kewujudan puluhan pusat urut kesihatan yang beroperasi di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor di sini didapati bukan saja menawarkan urut biasa tetapi juga ‘urutan istimewa’ untuk menarik pelanggan terutama lelaki dengan menjadikan wanita cantik dan seksi sebagai `umpan’.

Puluhan tukang urut wanita yang kebanyakan pekerja asing terutama gadis muda dari China yang berpakaian seksi didapati memujuk orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dengan menunjukkan menu perkhidmatan dengan tawaran refleksologi serendah RM25 untuk setengah jam. Ada juga tukang urut wanita yang hanya berkumpul di kaki lima dan urusan ‘memujuk’ pelanggan dilakukan lelaki yang kebanyakan warga negara Bangladesh. Tidak keterlaluan kawasan itu digambarkan sebagai lubuk urut berdasarkan terlalu banyak premis urut yang wujud. Walaupun ada premis yang betul menjalankan khidmat urut dan refleksologi tetapi ada yang cuba menangguk di air keruh dengan menjalankan ‘urutan istimewa’ iaitu mengurut kemaluan lelaki.

Wartawan Sentral yang menyamar diri sebagai pelanggan mendapati urutan batin ditawarkan dengan kadar RM50.

Modus operandi mereka ialah menawarkan pakej urutan badan dengan kadar RM60 untuk satu jam dan apabila tempoh urut hampir tamat, pelanggan ditawarkan pula ‘belaian istimewa’ dengan caj berasingan.

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan akan mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha pusat urut refleksologi yang membenarkan kakitangan mereka berlegar di kaki lima premis untuk menarik pelanggan, tetapi tinjauan mendapati tidak ada apa-apa perubahan.
Pusat itu memberikan imej baru kepada Bukit Bintang sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti urut termasuk urutan batin.

Sepanjang kira-kira lima jam berada di kawasan itu, wartawan juga didatangi tiga bapa ayam cuba menawarkan khidmat seks daripada gadis pelbagai negara termasuk warga tempatan yang menjalankan operasi sekitar hotel berdekatan dengan bayaran RM150 hingga RM400 untuk tempoh tertentu.

Bapa ayam mendekati lelaki yang berjalan seorang atau secara berkumpulan dan membawa mereka ke hotel untuk melihat sendiri wanita yang akan menawarkan khidmat seks, sebelum menetapkan kadar.

Sebagai lokasi dan kawasan beli belah sepatutnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih tegas menjalankan tanggungjawab kerana kegiatan tidak bermoral khususnya di kawasan kaki lima menjejaskan nama baik ibu kota.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: