|
|
KUALA LUMPUR 20 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat merangka latihan bersama dengan Amerika Syarikat (AS), negara anggota ASEAN dan Asia yang lain bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi dan peredaran masa.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, antara latihan yang dikenal pasti adalah dalam strategi penerbangan yang dilihat mampu memanfaatkan TUDM ke arah meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.
“Negara-negara berkenaan mempunyai kepakaran dan idea baru yang mampu membantu TUDM dalam menyusun strategi penerbangan menggunakan teknologi baru yang lebih canggih dan moden,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fasa Kedua dan Hari Terbuka Muzium TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur di sini hari ini.
Katanya, selain latihan dalam strategi penerbangan, TUDM juga akan menggunakan kepakaran negara terbabit dalam latihan bersama di bidang senjata dan penggunaan pesawat canggih.
Beliau berkata, latihan tersebut dijalankan secara berperingkat dan akan diteruskan mengikut fasa tertentu mengikut kemampuan dan keperluan TUDM.
Terdahulu di majlis itu, kira-kira 200 orang tetamu hadir menyaksikan antara lain pameran kapal terbang lama dan baru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: