Friday, June 18, 2010

Tubuh terbakar selepas bakar kekasih


GAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan tubuh Agnes Bermudez dijilat api di New York.


NEW YORK - Sebuah mahkamah di sini ditunjukkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan adegan ngeri seorang wanita dijilat api selepas dia membakar bekas kekasihnya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Suspek, Agnes Bermudez, 50, terselamat dalam kejadian itu yang berlaku di luar sebuah apartmen di sini namun bekas teman lelakinya, William Salazar, 32, meninggal dunia di hospital akibat tubuh badannya melecur teruk.

Turut maut dalam kebakaran yang dilakukan oleh Bermudez ialah tiga sekeluarga yang menyewa di sebuah unit di tingkat tiga.

Saksi-saksi berkata, sebelum itu mereka mendengar Bermudez bertengkar dengan Salazar dan dia kemudian membakar lelaki itu di dalam pembersih permaidani tetapi api turut menyambar dirinya serta tiga beranak yang tinggal berdekatan.

Rakaman CCTV itu menunjukkan beberapa pejalan kaki segera memadamkan api yang membakar Bermudez manakala Salazar dilihat bergegas ke sebuah kedai sebelum pemilik premis dan pembantunya cuba mencurah air ke seluruh tubuh mangsa.

Bermudez yang dituduh membunuh kekasihnya hadir pada perbicaraan itu dengan kulit di lehernya berparut akibat terbakar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: